Wednesday, May 27, 2009

Dia Lelaki dalam Hidupku

aku tidak mencari
LELAKI
SEMPURNA
aku hanya menanti
LELAKI
berusaha mencari sempurna
kerana dialah yang akan selalu mendidikku
dialah yang akan selalu memimpin jalanku
mencari KESEMPURNAAN HIDUP yang hampir




aku tidak mencari
LELAKI
KETUA
aku hanya mendamba
LELAKI
pemimpin sabar
tak pernah jemu menasihat
tidak menggunakan kuasa sewenang menindas
supaya dialah suamiku yang menjaga bukan memerintah




aku hanya menanti
Lelaki dengan keteguhan imannya
Lelaki dengan akal budinya
Lelaki dengan kesabarannya
Lelaki dengan kebijaksanaan kuasanya
Lelaki dengan keindahan kata-katanya
Lelaki yang akan selalu melindungi bukan menyakiti
Kerana Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam untuk selalu di sisinya.

No comments: