Saturday, July 11, 2009

Sunyi SePi

Sunyi diri
Terbenam riuh
sunyi dalam kicau merpati


Sunyi itu aneh
Tidak senyap
Tidak juga terlalu kaku


Sunyi menyentuh Qalbu
Membimbing nurani
Menuntut bicara kalimah

Sunyi kali ini
Ku ingin sendiri
Mencari HAKIKI


Sunyi ini
Kesepian hati
Perjalanan hamba


MALAM ini MUNAJAT ini
Aku mencari sunyi
Supaya aku tidak sunyi lagi.




Oleh : SITI NURHAYATI BINTI DOLLAH
1 PAGI
* HAK TERPELIHARA*

 

Blog Template Disediakan oleh YummyLolly.comDiubah suai oleh Mrs.Ayie