Saturday, November 14, 2009

Debu dan hembusan

Debu dan hembusan.


Tujuh petala langit bergetar
Saat ukhwah terbina runtuh serta putus
Tujuh petala langit turut mendengar
Suara-suara pertikaman bergema

Kemanisan lalu hanyalah cebisan-cebisan kertas terbakar
Menjadi abu
Terbang di puput bayu kedinginan
Hilang di balik kepulan hitam kelam

Tiada salah tiada benar
Kekurangan adalah pelengkap hidup
Saat kebencian mengapikan
Jirusi pada kutipan sisa-sisa kebaikan lalu


Aku adalah debu
Berhembus terbang bila ditiup
Tanpa ku tinggal jejak-jejak
Kerna aku adalah debu yang datang dan pergi


Ciptaan Sepenuhnya:  SITI NURHAYATI BINTI DOLLAH
(HAK CIPTA TERPELIHARA)

Tuesday, September 1, 2009

Aku Bukan

Aku bukan Hawa yang layak mendapat
Lelaki  semulia Adam



Aku tidak mengimpikan lelaki setampan Yusof
Kerana aku tidak secantik Zulaikha


Aku bukan Balqis lalu aku tidak sekalipun
Mengimpikan lelaki sehebat Sulaiman


Aku tidak seteguh Siti Hajar dan
kuharapkan lelaki sekuat Ibrahim sebagai penguatku

Sunday, August 30, 2009

Di atas suatu nama


31 Ogos

Bukan sekadar untuk diraikan
Tidak juga hanya laungan
Kemerdekaan
Dihayati
Kebebasan
dibatasi
Kemajuan
disyukuri

31 Ogos
Tidak sekadar hitungan
Bukan juga hanya hari
Lambang perjuangan
Kebijaksaan
Kewibawaan
Keikhlasan



Tuesday, August 25, 2009

Ruang sepi seorang AKU

Kalau berkata itu salah
Biarkan ku diam
Mengunci mulut
Membatu memeluk diri


Jika bertanya itu juga sudah tidak bisa
Baiklah aku menjawab teki-teki sendiri
Tak perlu merenungmu
tak perlu menanti jawapanmu


Andainya tiada lagi rasa
Buka kunci bicaramu
Luahkan padaku
Supaya aku bisa belajar pergi di saat tidak lagi diperlukan.

Friday, August 14, 2009

Gelandangan di sukma

Gelandang sukmaku
Hentikan langkahmu
Bisikkan suara hatimu
Agar gementar ku terhenti

Gelandangan ini
Adalah pencarian
Gelandangan ini
Adalah perhitungan

Duhai si gelandang sepi
Andai aku adalah jawapan penantianmu
Hentikan langkahmu
Teruslah bermukim di sukmaku

Saturday, July 11, 2009

Sunyi SePi

Sunyi diri
Terbenam riuh
sunyi dalam kicau merpati


Sunyi itu aneh
Tidak senyap
Tidak juga terlalu kaku


Sunyi menyentuh Qalbu
Membimbing nurani
Menuntut bicara kalimah

Sunyi kali ini
Ku ingin sendiri
Mencari HAKIKI


Sunyi ini
Kesepian hati
Perjalanan hamba


MALAM ini MUNAJAT ini
Aku mencari sunyi
Supaya aku tidak sunyi lagi.




Oleh : SITI NURHAYATI BINTI DOLLAH
1 PAGI
* HAK TERPELIHARA*

Thursday, June 18, 2009

Ulang Tahun :D

HIDUP INI

PUJANGGA SERING BERMADAH

WAKTU ITU MENDEWASAKAN KITA

HARI YANG KITA TEMPUHI

MENGHADIAHKAN PENGALAMAN

PENGAJARAN YANG TAK KAN BISA

DIBACA DAN DICARI

ADA KETIKANYA

HIDUP INI MENGAJAR KITA

BAHTERA KEHIDUPAN MEMBEKALKAN

KEMANISAN YANG MENJERAT

KEPAHITAN NAN PEDIH

MASA SERING MENINGGALKAN

KITALAH YANG SELALU MENGEJARNYA

TAHUN SILIH BERGANTI

UMUR HANYALAH ANGKA

PENTINGNYA KEMATANGAN BERCAMBAH



HARI LAHIR ke-22

Sunday, June 14, 2009

Rahsia Hati

Apabila ku putuskan
untuk
Membuka rahsia hatiku
Maafkan ku
kerna
aku telah lama menyimpannya
memikirkan rasa yang lain
tapi untuk kali ini
ku lepaskan belenggu hati
kerna semakin lama ku simpan
ia menjadikan hatiku hitam
pekat
dendam



Rahsia hati

Friday, June 5, 2009

Hati Rapuh

Pernahkah rasa ingin melepaskan
Kemudian kembali kejab mengenggamnya?


Bagaimana rasanya untuk pergi
Tetapi dalam hati sentiasa mahu kembali?


Saturday, May 30, 2009

Kamu dan DIA

aku sayang kamu
tapi aku lebih sayangkan DIA

Aku takut kehilangan kamu
Tapi aku lebih takut kemurkaan-Nya

Aku ingin kamu
Tapi aku lebih memerlukan DIA

Aku jujur pada kamu
Tapi DIA lebih Tahu

Bila kamu meminta lebih
aku lebih meminta pada DIA untuk menguatkan aku

Aku cinta kamu
Tapi cinta-Nya lebih abadi


Kamu aku tidak mengerti kamu
Sukar mendapat kemaafanmu

Lalu aku memilih DIA
Kerana pemaaf dan pengampun sifat-Nya

ku mohon supaya cintaku pada manusia
Takkan melebihi cintaku pada DIA

Wednesday, May 27, 2009

Dia Lelaki dalam Hidupku

aku tidak mencari
LELAKI
SEMPURNA
aku hanya menanti
LELAKI
berusaha mencari sempurna
kerana dialah yang akan selalu mendidikku
dialah yang akan selalu memimpin jalanku
mencari KESEMPURNAAN HIDUP yang hampir




aku tidak mencari
LELAKI
KETUA
aku hanya mendamba
LELAKI
pemimpin sabar
tak pernah jemu menasihat
tidak menggunakan kuasa sewenang menindas
supaya dialah suamiku yang menjaga bukan memerintah




aku hanya menanti
Lelaki dengan keteguhan imannya
Lelaki dengan akal budinya
Lelaki dengan kesabarannya
Lelaki dengan kebijaksanaan kuasanya
Lelaki dengan keindahan kata-katanya
Lelaki yang akan selalu melindungi bukan menyakiti
Kerana Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam untuk selalu di sisinya.

Sunday, May 24, 2009

Ku mulakan bicara

Ku cipta daerah kecintaanku
ku mulakan bicara
lafaz pembuka cerita
ku ukirkan jiwa terdalam
di sini dunia baruku

ku mulakan bicara
ku aturkan kata-kata
tiada hati terluka
tiada insan berduka


ku ciptakan daerah ini
daerah kecintaanku pada keindahan
indahnya kata
indahnya alunan jiwa


bertandang
sama merasa
mendalami
lalu memberi salam


Ikatan akan tetap terjalin
kerana aku dan kamu
adalah sahabat
adalah perkongsian