Monday, February 28, 2011

Gelombang Hati


Duhai satria hati
Dengarkan ini
Pesanku


Hidup
Segala tentang hidup adalah rahsia
Rahsia Allah 


Teka-teki
Kita tiada tahu
Apa yang akan kita tempuhi


Ada waktu gelombang melanda hati
Mengoyahkan kapal yang tiada utuh
Mencarikkan layar yang teguh


Senyumlah duhai satria hatiku
Apa yang kau dan aku rasakan
Adalah gelombang-gelombang hidup


Carilah DIA
Carilah DIRI
dalam doa yang tak pernah kering

2 bicara balasan:

mie said...

wow!!
ada maksud tersirat ke?
heheeee

MrsAyie said...

:) bebas mentafsir dan mencari erti

 

Blog Template Disediakan oleh YummyLolly.comDiubah suai oleh Mrs.Ayie