Wednesday, March 30, 2011

Penjatuh hukum

Hari ini
Kita merasakan kita tahu
Jadi kita anggap
Semua orang tidak tahu


Hari ini
Kita merasakan kita sempurna
Jadi kita anggap
Semua orang lain banyak kekurangan


Hari ini
Kita mendabik dada mencanang cerita kitalah raja kebaikan
Jadi kita anggap
Semua orang lain adalah hamba kejahatan


Hari ini
Kita menghukum kesalahan orang
Jadi kita anggap
Semua orang lain salah, tetapi kita tidak


Hari ini
Kita menyatakan orang lain tidak benar
Jadi kita anggap
Semua orang lain tidak lagi boleh menjadi benar


*Kita sebenarnya menjadi manusia penghukum, tanpa kita tunjukkan jalan untuk keluar daripada kesalahan itu*

Sunday, March 20, 2011

Si Peniup Serunai

Friday, March 18, 2011

Malu itu perlu



Kata abah, biarlah ada sifat malu dalam dirimu wahai anak gadisku
kerana malu itu perlu
malu itu perisai dirimu,  
malu itu penguat hatimu.


Kata abah,  anak gadis tidak boleh hilang sifat malunya
andai malunya hilang runtuhlah akhlaknya juga
malu itu sifat muslimah
malu itu memberi harga


Kata abah,  malu biarlah bertempat
Anak gadis abah harus berani
tetapi perlu malu untuk tidak terlalu berani
batas untuk setiap kebebasan itu salah satunya adalah malu



Thursday, March 17, 2011

Sepi

Siapa kata sepi itu indah
angin terasa berhembus kosong
jam berdetak terasa perlahan


Dan siapa kata sepi itu indah.

Saturday, March 12, 2011

Ia datang lagi

Ketika kita leka menghitung kertas-kertas bercetak nilai
Ketika kita asyik melayan bisik meruntuhkan iman
Ketika kita seronok mengejar kegembiraan dunia
Ketika kita senang menjaja dosa


Tiba-tiba getaran perut bumi bergegar

Lebih dasyat,  lebih mengoncang
Malah mengatasi ketakutan Acheh
Gema di Jepun kini bersuara




Ketika Acheh lumpuh ditelan ombak yang digelar tsunami

Ketika itu kita tersentap,  tersedar dan insaf muhasabah diri

Ketika Jepun tenggelam ditelan ombak yang digelar tsunami

Ketika ini kita beristigfar mengenang dosa yang tiada dapat dihitung



Ketika ini kita kembali merayu, meratap.  dan memohon pada-Nya

Ketika ini kita merasakan getar ketakutan kita kepada kuasa-Nya
Ketika ini kita tidak putus menyesali dan menginsafi
Ketika ini kepada DIA kita mengadu,  kita meminta



Selepas itu apa pula?

Setelah banjir di Jepun itu kering
Setelah duka semakin diubati
Selepas itu kita kembali lupa.



- Begitulah kita-

Thursday, March 10, 2011

Ini rayuan seluruhnya


Dengarkan tolonglah dengarkan
Kali ini seluruhnya merayu
Sepenuhnya minta mengerti
Bukakan pintu dan mata hati



Tutuplah
Peliharalah
Sempurnakanlah
Fahamilah


Labuhkanlah
Lindungilah
Longgarkanlah
Penuhkanlah


WAHAI yang bernama MUSLIMAH
Jangan biar mereka terus ketawa
Memandang kita penuh hina
Memandang kita  sambil ketawa


WAHAI yang bernama MUSLIMAH
Selamilah aurat wanita yang seluruhnya
Fahamilah pengertiannya
Lihatlah hikmahnya


WAHAI yang bernama MUSLIMAH
Seluruhnya merayu
Sepenuhnya meminta
Kembalikan maruah kita, kembalikan rasa hormat buat kita.



WAHAI yang bernama MUSLIMAH
Cantiknya fitrah kejadian
Bukan kerana memperagakan
Bukan kerana murahan!!

Tuesday, March 8, 2011

Indahmu bila lindung



Indahkan mawar itu?
Aku juga mahu seperti mawar itu.


Tahu kenapa?
Sebabnya mawar itu sangat indah dipandang.


Tetapi?
Cantik pada pandangan mata, tapi tidak boleh dipegang semudahnya.


Mawar itu cantik
Tetapi berduri

Kelopak mawar itu lembut
Tetapi ada duri yang melindunginya.


Aku juga mahu seperti mawar itu
Dicipta indah,  tetapi pandai melindungi diri.


Aku mahu,  kau mahu
Kerana itu menjadikan kita muslimah pencinta ABADI 



Monday, March 7, 2011

jejak rinduku, tertinggal di sana.



Damai
Tenang
Bayu memeluk mesra
Hempasan ombak mengucup telinga


Itu,  pertama kali aku ke sana
Biru lautnya
Putih-Biru awannya
Putih pasirnya


Aku merasakan bukan hanya indahnya
Tapi aku merasakan kasih sayangnya
Seperti sabarnya nelayan mendakap ombak
Begitu juga kuharapkan sabarnya aku seorang wanita


Pertama kali itu
Aku tinggalkan jejak-jejak rindu
Istana pasir paling utuh aku dirikan
Harapanku,  aku akan kembali.


Ya,  di Pantai Teluk Kalong itu
Berhembusnya bisikan penantian
Berdirinya istana kesabaran
Kerana nanti aku akan kembali,  bila dia menjadi kekasih halalku..



Friday, March 4, 2011

Kalau mereka fikir



Kalau mereka fikir aku selalu senyum tanda hatiku ketawa
Itu salah

Kalau mereka fikir aku selalu menangis tanda hatiku kecewa
Itu lebih salah


Kalau mereka fikir aku selalu merajuk tanda hatiku keraguan
Itu sangat salah


Kalau mereka fikir aku selalu marah tanda hatiku kebencian
Itu paling salah.


Kerana senyumku, tangisku, rajukku, dan marahku tanda hatiku sayang
Itu pasti

Thursday, March 3, 2011

Erti senyumanmu

Andai aku diminta
Memilih hanya satu pilihan
Ku hanya pilih
untuk melihat kau selalu gembira dan bahagia.

Tuesday, March 1, 2011

Kerna ada waktunya

Ada waktunya
Kita bukan hanya harus senyum
Malah harus bisa ketawa



Ada waktunya
kita menahan tangis
memegang sebak



Ada waktunya
Kita memeluk erat tubuh
Melepaskan duka dalam gelita



Ada waktunya
Kita tak bisa bertahan
Lalu terdengar tangis dan esak




Ada waktunya
Kita tewas
Tapi berpura tiada gentar

 

Blog Template Disediakan oleh YummyLolly.comDiubah suai oleh Mrs.Ayie