Thursday, March 10, 2011

Ini rayuan seluruhnya


Dengarkan tolonglah dengarkan
Kali ini seluruhnya merayu
Sepenuhnya minta mengerti
Bukakan pintu dan mata hati



Tutuplah
Peliharalah
Sempurnakanlah
Fahamilah


Labuhkanlah
Lindungilah
Longgarkanlah
Penuhkanlah


WAHAI yang bernama MUSLIMAH
Jangan biar mereka terus ketawa
Memandang kita penuh hina
Memandang kita  sambil ketawa


WAHAI yang bernama MUSLIMAH
Selamilah aurat wanita yang seluruhnya
Fahamilah pengertiannya
Lihatlah hikmahnya


WAHAI yang bernama MUSLIMAH
Seluruhnya merayu
Sepenuhnya meminta
Kembalikan maruah kita, kembalikan rasa hormat buat kita.



WAHAI yang bernama MUSLIMAH
Cantiknya fitrah kejadian
Bukan kerana memperagakan
Bukan kerana murahan!!

4 bicara balasan:

shahjiehan said...

makin susah nk cari muslimah skrg nih...

Siti Nurhayati Dollah said...

Sukar. Tapi tiba masanya untuk kita bentuk kembali dan bukan cari :)

Redbloodsnow said...

setuju dgn kata² shahjehan..hehe

Siti Nurhayati Dollah said...

Yati setuju bila Zie setuju dengan ShahJehan. :)

 

Blog Template Disediakan oleh YummyLolly.comDiubah suai oleh Mrs.Ayie