Friday, March 18, 2011

Malu itu perlu



Kata abah, biarlah ada sifat malu dalam dirimu wahai anak gadisku
kerana malu itu perlu
malu itu perisai dirimu,  
malu itu penguat hatimu.


Kata abah,  anak gadis tidak boleh hilang sifat malunya
andai malunya hilang runtuhlah akhlaknya juga
malu itu sifat muslimah
malu itu memberi harga


Kata abah,  malu biarlah bertempat
Anak gadis abah harus berani
tetapi perlu malu untuk tidak terlalu berani
batas untuk setiap kebebasan itu salah satunya adalah malu



2 bicara balasan:

shahjiehan said...

maruah diri seorang wanita terletak pada sifat malu, hilang malu, hilanglah maruah ~ lalalla

sekadar berpendapat~

Siti Nurhayati Dollah said...

setuju benar dengan pendapat tersebut.

 

Blog Template Disediakan oleh YummyLolly.comDiubah suai oleh Mrs.Ayie