Wednesday, March 30, 2011

Penjatuh hukum

Hari ini
Kita merasakan kita tahu
Jadi kita anggap
Semua orang tidak tahu


Hari ini
Kita merasakan kita sempurna
Jadi kita anggap
Semua orang lain banyak kekurangan


Hari ini
Kita mendabik dada mencanang cerita kitalah raja kebaikan
Jadi kita anggap
Semua orang lain adalah hamba kejahatan


Hari ini
Kita menghukum kesalahan orang
Jadi kita anggap
Semua orang lain salah, tetapi kita tidak


Hari ini
Kita menyatakan orang lain tidak benar
Jadi kita anggap
Semua orang lain tidak lagi boleh menjadi benar


*Kita sebenarnya menjadi manusia penghukum, tanpa kita tunjukkan jalan untuk keluar daripada kesalahan itu*

7 comments:

suri said...

salam..
kita haruslah kembali pada fitrah manusia...

kita hya namusia biasa yang tak bisa sempurna dlm segala hal.

jgnlah menjadikan diri terllu ego..sombong kelak kita juga akan tergadah jua..

Pelangi cinta said...

pandainya yati melakar bait2 kata semuanya tersusun indah:)

Siti Nurhayati Dollah said...

Suri: setuju. Ada waktu kita juga melakukan kesilapan. Jadilah seorang penasihat, tetapi jangan cepat menjatuhkan hukum. Kerana yang Maha Tahu, yang Maha Berkuasa hanyalah DIA, Allah.


Pelangi Cinta:
:) Pujian-pujian untuk Allah yang memberikan cetusan kata-kata untuk yati.

shahjiehan said...

stjuuuu!! depa ni mmg!! grr

jom baca dan komen Jom katakan tidak pada "Legging" | ! !shahjiehan [dot] com ! !

Siti Nurhayati Dollah said...

Huhu. Sabar -sabar. Bawa bertenang.

sahromnasrudin said...

kita suka buat penilaian sendiri seolah-olah kita sahaja yang betul huhuhhh

Siti Nurhayati Dollah said...

sahromnasrudin:

Betul tu. :) Kita pun ada silap. Beri peluang orang lain memperbetul kesilapan. Macam mana orang lain beri kita peluang untuk memperbetulkan diri.